17 Hb Ogos 2009 ialah hari penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil N11 Dun Permatang Pasir di dalam Parlimen Permatang Pauh. Bermula selepas penamaan calon tersebut, kempen Pilihanraya terus berlangsung sehingga hari pengundian pada 25 Ogos 2009. Sepanjang 9 hari ini, ramai hulubalang hulubalang yang akan berada disana, termasuk lah hulubalang dari PEMUDA UMNO Ipoh Timor. Marilah kita sama sama berdoa agar saudara-saudara kita tidak kira daripada bahagian manapun agar diberkati dan dilindungi oleh Allah SWT sepanjang usaha mereka untuk merampas kembali kawasan yang dikatakan kubu kuat Parti PAS.
Sepanjang kempen ini juga sudah semestinya amat besar dugaan yang akan diterima oleh mereka terutama kempen berlangsung didalam keadaan umat islam menjalankan ibadah rukun islam yang ketiga. Kepada semua sukarelawan pemuda yang berada disana, semoga anda dilindungi dan ingatlah kita berada dilandasan yang betul untuk memperjuangkan maruah bangsa dan agama kita. InsyaAllah, perjuangan kita akan diredhoi oleh-Nya.