Alhamdulillah, pada 15 OGOS 2009 telah tercatat di dalam agenda perjuangan Parti UMNO dimana Pergerakan PEMUDA UMNO Ipoh Timor menjalankan amanah yang diberikan. Persidangan tahunan Pergerakan PEMUDA telah berjalan dengan sempurna walaupun keadaan panas seketika. Tetapi panas ini bukan panas yang membawa kepada musibah tetapi panas yang menunjukkan PEMUDA UMNO bukan terdiri daripada golongan melayu layu yang ada di luar sana. PEMUDA UMNO tetap berupaya melahirkan golongan-golongan generasi muda yang boleh bangkit dan boleh memberikan idea-idea bernas serta membantu membangunkan PEMUDA ke satu tahap yang jauh lebih baik.
Persidangan ini juga telah menunjukkan peningkatan kematangan barisan PEMUDA berbanding dahulu. Ramai perwakilan yang dahagakan maklumat, akitiviti dan program dan semuanya telah diluahkan di persidangan ini. Walaupun terdapat segelintir perwakilan yang lebih cenderung "menyerang", rata-rata daripada mereka tidak berniat begitu pada dasarnya. Apa yang diperkatakan harus diambil secara positif untuk membina dan mengukuhkan saf PEMUDA.
Secara keseluruhan, perwakilan pada tahun ini lebih mendambakan pemikir bagi menggerakkan jentera dan juga dalam masa yang sama membantu mereka untuk mengharungi survival politik dan ekonomi. Rata-rata perwakilan berpuas hati dan juga bersemangat hingga sanggup menunggu sehingga tamat persidangan.
Barisan pegawai juga dengan rasa rendah diri menerima lontaran idea dan cadangan bagi penambah baikan Pergerakan PEMUDA. justeru itu marilah kita bersama sama berdiri dan merapatkan benteng agar musuh tidak mempunyai ruang utnuk merperkotak katikkan bangsa melayu terutama PEJUANG UMNO...
No comments:
Post a Comment