PERGERAKAN PEMUDA UMNO IPOH TIMOR

Tuesday, August 18, 2009

PILIHANRAYA KECIL N11 PERMATANG PASIR

17 Hb Ogos 2009 ialah hari penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil N11 Dun Permatang Pasir di dalam Parlimen Permatang Pauh. Bermula selepas penamaan calon tersebut, kempen Pilihanraya terus berlangsung sehingga hari pengundian pada 25 Ogos 2009. Sepanjang 9 hari ini, ramai hulubalang hulubalang yang akan berada disana, termasuk lah hulubalang dari PEMUDA UMNO Ipoh Timor. Marilah kita sama sama berdoa agar saudara-saudara kita tidak kira daripada bahagian manapun agar diberkati dan dilindungi oleh Allah SWT sepanjang usaha mereka untuk merampas kembali kawasan yang dikatakan kubu kuat Parti PAS.

Sepanjang kempen ini juga sudah semestinya amat besar dugaan yang akan diterima oleh mereka terutama kempen berlangsung didalam keadaan umat islam menjalankan ibadah rukun islam yang ketiga. Kepada semua sukarelawan pemuda yang berada disana, semoga anda dilindungi dan ingatlah kita berada dilandasan yang betul untuk memperjuangkan maruah bangsa dan agama kita. InsyaAllah, perjuangan kita akan diredhoi oleh-Nya.

Sunday, August 16, 2009

PERSIDANGAN TAHUNAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN IPOH TIMOR


Alhamdulillah, pada 15 OGOS 2009 telah tercatat di dalam agenda perjuangan Parti UMNO dimana Pergerakan PEMUDA UMNO Ipoh Timor menjalankan amanah yang diberikan. Persidangan tahunan Pergerakan PEMUDA telah berjalan dengan sempurna walaupun keadaan panas seketika. Tetapi panas ini bukan panas yang membawa kepada musibah tetapi panas yang menunjukkan PEMUDA UMNO bukan terdiri daripada golongan melayu layu yang ada di luar sana. PEMUDA UMNO tetap berupaya melahirkan golongan-golongan generasi muda yang boleh bangkit dan boleh memberikan idea-idea bernas serta membantu membangunkan PEMUDA ke satu tahap yang jauh lebih baik.

Persidangan ini juga telah menunjukkan peningkatan kematangan barisan PEMUDA berbanding dahulu. Ramai perwakilan yang dahagakan maklumat, akitiviti dan program dan semuanya telah diluahkan di persidangan ini. Walaupun terdapat segelintir perwakilan yang lebih cenderung "menyerang", rata-rata daripada mereka tidak berniat begitu pada dasarnya. Apa yang diperkatakan harus diambil secara positif untuk membina dan mengukuhkan saf PEMUDA.

Secara keseluruhan, perwakilan pada tahun ini lebih mendambakan pemikir bagi menggerakkan jentera dan juga dalam masa yang sama membantu mereka untuk mengharungi survival politik dan ekonomi. Rata-rata perwakilan berpuas hati dan juga bersemangat hingga sanggup menunggu sehingga tamat persidangan.

Barisan pegawai juga dengan rasa rendah diri menerima lontaran idea dan cadangan bagi penambah baikan Pergerakan PEMUDA. justeru itu marilah kita bersama sama berdiri dan merapatkan benteng agar musuh tidak mempunyai ruang utnuk merperkotak katikkan bangsa melayu terutama PEJUANG UMNO...

Tuesday, August 11, 2009

PERSIDANGAN TAHUNAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN IPOH TIMOR

Assalamualaikum WBT.

Tanggal 15 Ogos 2009, Pergerakan PEMUDA UMNO Bahagian IPOH TIMOR akan sekali lagi menjalankan tanggungjawab mereka untuk meneruskan agenda perjuangan bangsa melalui persidangan tahunan. Diharap semua perwakilan cawangan ke persidangan tahunan ini sudah bersedia dan mempunyai idea-idea bernas untuk dilontarkan semasa persidangan itu nanti. Diharap juga persidangan itu nanti menjadi medan untuk penambahbaikan Pergerakan PEMUDA Bahagian IPOH TIMOR.


SELAMAT BERSIDANG KEPADA SEMUA PERWAKILAN.

"UMNO TERUS MARA DIDUKUNG OLEH PEMUDA BERSEMANGAT WAJA"


TARIKH : 15 OGOS 2009
MASA : 08.00 PAGI
TEMPAT : HOTEL CASUARINA

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum WBT..

Pertama sekali, terima kasih kepada pengunjung blog PEMUDA UMNO IPOH TIMOR yang sudi melayari blog ini. Blog ini berfungsi sebagai hebahan kepada semua ahli PEMUDA UMNO IPOH TIMOR tentang aktiviti dan juga paltform dimana anda boleh mengutarakan pendapat serta cadangan kepada KETUA PEMUDA dan juga barisan pegawai serta ahli jawatankuasa PEMUDA UMNO IPOH TIMOR.

Diingatkan kepada kesemua pengunjung, blog ini bukan medan untuk menjatuhkan atau mengutuk sesiapa sebaliknya hanya untuk bertukar pendapat dan juga cadangan supaya PEMUDA UMNO IPOH TIMOR mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain selain sebagai media hebahan aktiviti kepada semua AHLI PEMUDA UMNO IPOH TIMOR.

Sekian, terima kasih.

SENARAI NAMA PEGAWAI DAN JAWATANKUASA PEMUDA UMNO BAHAGIAN IPOH TIMOR 2008-2011

PENGERUSI TETAP
En. Ir BADRUL HISHAM BIN HAJI MOHD ALI
TIM. PENGERUSI TETAP
En. BASRI BIN MOHAMAD NOR

KETUA PEMUDA
Sdr HAIRUL ANWAR BIN MOHAMED NOR
NAIB KETUA
Sdr AHMAD HARIRI BIN HAJI KAMARUDDIN
SETIAUSAHA
En. ZULKIFLI BIN ABDUL HAMID
PEN. SETIAUSAHA
Sdr JAFFAR BIN SAMSUDDIN
BENDAHARI
dr ERWIN MUKHRIZ BIN ZAHARI
KETUA PENERANGAN
Sdr HAFIZUL BIN ABDUL HAMID

AHLI JAWATANKUASA

MUSTAFAH KAMAL BIN MOHD SALLEH
MAZLAN BIN MOHD RAMLY
SYED AZMI BIN SYED KAMAR
EZRI HAZRIQ BIN ZAHARI
ZAIRUL AZMIR BIN ZOLKAPLY
ZAFFANI BIN HJ AZUL ISLAMI
MOHD NORHAIZAD BIN AHMAD JAMIL
SAMSOBAHARIM BIN KASIM
HISHRON BIN ADINAN
TUN MOHAMAD AMMAR BIN AZIZ
SALEHUDDIN BIN ARIFFIN
AHMAD RAZNIL SHAMNUR BIN AHMAD RAZAMAN
NORAZAM BIN ZAINAL
KAMARZAMAN BIN ABDUL MAJID
NOR FADZIL BIN SHOIB
YUSYAFIZAL BIN MOHD YUSOP

SETIAUSAHA KERJA

MOHD SHAHDU AZREE BIN MOHAMED YUSOF

IKRAR PEMUDA

KAMI PEMUDA MALAYSIA
BERSATU DAN PADU TENAGA
BERJUANG BERKORBAN JIWA RAGA
UNTUK KETAHANAN BANGSA

PEMUDA HARAPAN NEGARA
MEMBELA DAN MEMBUAT JASA
MEMBINA NEGARA KAYA RAYA
IBU PERTIWI MALAYSIA

MARI KITA BERSATU DAN BERIKRAR
MENGAKU DAN BERSUMPAH
MENJUNJUNG AGAMA BANGSA NEGARA
BERSUNGGUH DAN SETIA

KAMI PEMUDA MALAYSIA
MERUPAKAN BENTENG YANG WAJA
PERTAHAN KEDAULATAN AGAMA
SERTA BANGSA DAN NEGARA